UNIT PENGURUSAN PSIKOLOGI KEMENTERIAN PENGANGKUTAN MALAYSIA

Visi

Membimbing warga MOT/ Jabatan/ Agensi agar mengoptimumkan potensi diri secara positif dan proaktif demi mempertingkatkan produktiviti dan mutu kerja.

Misi

Menyediakan perkhidmatan psikologi dalam Pengurusan Sumber Manusia bagi membangunkan pegawai yang berintegriti dan berprestasi tinggi.


Objektif
  • Merancang dan melaksanakan keperluan perkhidmatan psikologi di Kementerian;
  • Melaksanakan dasar-dasar perkhidmatan psikologi dalam pengurusan sumber manusia melalui pendekatan pembangunan, pencegahan dan pemulihan;
  • Memastikan pelaksanaan dan keberkesanan perkhidmatan psikologi di Kementerian; dan
  • Menyampaikan perkhidmatan psikologi berdasarkan Kod Etika Kaunselor dan Psikologi.

CARTA

ORGANISASI


AKRAB

Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) Kementerian Pengangkutan Malaysia

PENDAHULUAN

Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) merupakan pegawai yang dilantik bagi menjalankan peranan yang digariskan dalam program pengupayaan kendiri, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 18 Tahun 2005 iaitu Aplikasi Psikologi Dalam Pengurusan Sumber Manusia di bawah Program Pembimbing Rakan Sekerja. Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) dan terkandung dalam Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (PPSM) Pengurusan Psikologi Versi 1.0 (2022).

Rakan sekerja merupakan individu yang boleh mempengaruhi produktiviti dan daya saing seseorang pekerja. Rakan yang baik akan memberi impak positif kepada perkembangan kognitif, emosi dan tingkah laku seseorang.

Pada tahun 2005, rakan pembimbing ini telah dijenamakan sebagai AKRAM yang merupakan akronim kepada Amanah, Komitmen, Rasional, Akhlak dan Mulia. Pada tahun 2008, AKRAM telah dijenamakan semula sebagai AKRAB yang mana elemen Mulia telah digantikan dengan Bestari.

AKRAB berkonsepkan rakan membantu rakan dengan memupuk semangat berpasukan, keakraban dan membangunkan potensi yang ada pada diri masing-masing. Ianya juga merupakan kelompok sokongan yang menekankan perhubungan bersifat humanistik. Kemantapan sesuatu kelompok seperti AKRAB banyak bergantung kepada komitmen dan sumbangan kepakaran daripada ahli-ahlinya. Justeru itu, pembentukan AKRAB di dalam organisasi diharap mampu membentuk kelompok pekerja yang mempunyai komitmen dan asa sayang yang tinggi terhadap organisasi.

PERANAN

Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling.

Memberi sokongan kepada perubahan yang lebih baik.

Sumber kepada rakan untuk berkongsi permasalahan.

Memperkuatkan semangat rakan yang ingin berubah.

FALSAFAH

Falsafah AKRAB ialah “Bantu Diri Untuk Membantu Rakan Lain”. Dalam usaha membantu rakan, anda mendapat pengetahuan, kemahiran dan pengalaman untuk mempertingkatkan diri dari segi ilmu pengetahuan, tingkah laku, perhubungan, kreativiti dan nilai kepada diri.


Pementoran MOT

Pementoran Dalam Perkhidmatan Awam

    Merupakan salah satu program yang terkandung di bawah Panduan Aplikasi Psikologi Dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam dan kesinambungan dari Program Pengupayaan Kendiri (PPK) yang merupakan satu kaedah dalam mengurus sumber manusia bagi mempertingkatkan kecemerlangan diri pegawai yang terkandung dalam Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (PPSM) Pengurusan Psikologi Versi 1.0 (2022).

    Skop pementoran dalam Perkhidmatan Awam meliputi bagaimana seorang pegawai (mentor) yang cemerlang dalam kerjaya memindahkan pengetahuan kerja, tacit knowledge dan sokongan kepada perkembangan kerjaya menti yang baru berkhidmat atau baru dinaikkan pangkat. Perkongsian pengalaman ini akan melibatkan aktiviti pembentukan karektor menti serta pembangunan dan pemantapan kompetensi peribadi, sosial profesional dan budaya.


    Buku Log Pementoran Dalam Perkhidmatan Awam (MENTI sahaja)

    Borang Penilaian Perkembangan Pementoran Berkala (MENTOR sahaja)



Outreach Psikologi

Infografik

OUTREACH PSIKOLOGI


PERLUKAN BANTUAN?

Hubungi Kami

ELINAWATI MARIA BINTI MARZUKI

PEGAWAI PSIKOLOGI 1 03-8892 1145 elinawati@mot.gov.my

ANANIS BINTI ABDUL HALIM

PEGAWAI PSIKOLOGI 2 03-8892 1146 ananis@mot.gov.my

SITI MASTURA BINTI NORDIN

PEGAWAI PSIKOLOGI 3 03-8892 1147 mastura@mot.gov.my